Wednesday, August 26, 2009

Monday, August 24, 2009

RAMADHAN 1430 HIJRAH (2009)

Ramadhan....tahun ni adalah tahun paling x sangka adalah tahun yang baik bagi ku...Setelah 4 tahun dah ada anak x pernah aman daku dan suami mengerjakan solat Tarawikh. Suamiku mungkin lebih bertanggungjawab menjaga anak semasa kami ke surau atau masjid untuk mengerjakan solat...biasanya dia akan tunggu selepas iman baca al-fatihah...tgh2 surah kedua nak habis baru angkat takbir...gitu la hari2...takut anak jatuh, hilang atau menangis. Dulu mereka ni xleh sembahyang kat bahagian muslimah...mereka akan hilang mama dalam kain2 putih dan mula menangis.Tapi tahun ni budak2 ni rupernya dah besar banyak...bila mamanya ini cakap jangan bising, mereka akan 'membatu' ada la dalam 30 saat...kononnya dengar cakap...tapi ok la dari mama marah...Azureen pn dah mama belikan telekung sembahyang...dan alhamdullillah dia rajin nak sembahyang.....Mungkin tahun depan dia dah mampu sembahyang...begitu gak nga Aniq.
kalu nak tgk foto sila tenyeh .
From Desktop

Thursday, August 20, 2009

My New Hobby

Umm...dah macam ketagih...hobi baru aku sekarang ni ialah mengait (crocheting). Sebenarnya kemahiran ni dah lama aku kenal tapi baru 'terjatuh cinta'. Nak dijadikan jodohnya...hobi ni aku suka secara tak sengaja bila mana aku ternampak sesi mengait di u-tube...kiranya ni la hobi yang paling ku minati...hehehe. Aku punya impian nak borong banyak buku kegemaran aku yang macam2 perkara yang aku tahan sebab ehem2..ya la 'kedekut'hehehe. Umm...insyaallah mungkin dengan cara ni je aku boleh mulakan sesuatu yang menyeronokkan dan sekaligus menambah duit poket sendiri...hehehe.

Sunday, April 12, 2009

Bali Trip

Saya suka nak bercerita serba sedikit mengenai trip kami ( dgn suami) yang hebat ke Bali, Indonesia. Kami pergi hari selasa 3 Mac 2009. Dek kan kerana kerja suami pergi jugak kerja pada sebelah pagi, kerana flight kami sebelah petang(kira separuh hari) Kami bertolak ke LCCT dgn bantuan adik saya Rahim kat puchong. Check in pukul 3 dan flight delay dari jam 5 ke jam 6pm. Jenuh menunggu, di mata sekarang ternampak2 je Bali. Walaubagaimanapun kami masih lagi tersenyum dan tak sabar2 lagi untuk beraksi di Denpasar......
Baliiii...kami datangggg
hih hih..excited giler






Tidak ada apa2 yang menarik mengenai flight ni kecuali masa take off,...kami dijangka tiba di Denpasar ( nama airportnya Ngurah Rai) pada pukul 9.30pm, lebih kurang 3 setengah jam perjalanan...excited pun boleh tertidur juga..lama Kami sampai dalam jam 9.40 lebih. Oleh kerana kami ni budget trip...dengan tak ada buat tempahan apa2, kami sangat2 berdebar dengan apa yang bakal kami akan tempuhi di luar pintu airport. First tu kami blur sikit mana nak kami tuju...tengah kami mundar mandir...kami didekati oleh pemandu teksi berpakaian kemas putih (w/p kenderaannya van) yang offer kami perkhidmatannya. Setelah mengetauhi yg kami ni dtg x bertempah akhirnya banyak cadngan utk arah tujuan kami, jd dengan bayaran yang berpatutan yng kami sedia bersedia...kami setuju dihantar mencari penginapan. Kami naiki van untuk ke hotel sekitar Kuta,sambil mencari kereta utk kami sewa...tapi malang kereta cari x ada dan akhirnya kami menginap di Yan House Bungalow, murah jer RM80/day..tambang teksi tadi IDR40,000 ( RM16)..hehehe...



Foto depan tempat penginapan kami....ok,.cantik, ekon pn ada. Masalahnya cuma
banyak nyamuk,..dek kerana lapar saya mengajak suami keluar makan (jln kaki) kononnya mencari restoran nasi padang yg kami terpandang masa kami dalam perjalanan ke tempat penginapan. Untuk pengetauhan semua kedai 24 jam memang banyak sangat terdapat di Kuta, jadi kami beli la roti, air kosong dan Bygon. Jadi malam tu nak dijadikan cerita kedai nasi padang tadi kami x jumpa pun...penat x yah cakap la..sbb kami jln dengan harapan hentian kami nanti restoran tu nanti la. Kami pn turn back...balik bukak bekalan sardin yg kami bawa...minum air kosong yg kami beli kerana tempat penginapan x sediakan cerek elektrik...spray Baygon jadi kami dapat la tido lena selenanya...hehehe.

Esoknya bermula tanpa matahari pagi yang sangat kami nak tengok. Hujan pagi itu agak lebat jgk, disebabkan penat berjalan semalam saya menyuruh suami menyewa sebuah motosikal (rm15) utk buat perjalanan kami pagi itu. Tapi kami terpaksa batalkan niat asal kami
ke Sanur utk merakam pemandangan matahari naik yg di katakan cantik di pantai itu. Akhirnya atas nasihat tuan tempat penginapan tempat kami menginap, kami pn setuju untuk menyewa
satu kereta + supir nya sekali untuk bawa kami ke mana saja dengan kos IDR400,000(RM120) dengan kata lain kita dukk jer dlm keta..hehehe..kita kan tengah holiday. Bunget asal untuk pengangukutan ialah IDR210,000( RM60) tapi memandangkan trip kami yg singkat...kami rasa kami xyah budget sangat nanti melepas semua...betul tak.

Akhirnya kami dapat Avanza yang famous tu...hehehe, dengan supir kami bernama Madi. Orangnya ok dan open minded. Jadi tempat yg pertama yg kami terjah pagi itu ialah sebuah kampung yang mana ada mengadakan persembahan umum Tarian Barong dan Kera. Nampaknya ramai pengunjung yg hadir di tempat yang sama. Persembahannya berlangsung kira2 satu jam dari jam 9 -10 pagi, dan agak menarik. Tapi jangan tak tau auranya( gerun) dapat saya rasai...terutama dengan watak kera.


Watak 'Barong'..
Watak berupa raksasa berbulu...sangat besar, berlagak angkuh.


Sempat pos ngan Barong
Selesai persembahan pengunjung di beri kesempatan berposing dengan karakter persembahan Barong tadi.Sempat jugak saya berdamping dgn Barong,..tapi jgn terkejut, sayup sayup barong tu bisik2"..Bu kasi tip sikit,.."saya bagi RM1..kerana persembahanya yang agak mengelikan. Ok laa IDR3300 tu (kedekut jugak aku ni)..hihihi. Sebenarnya kat situ saya dah habis dlm RM20. Byk tu oii utk destinasi pertama.

Salah satu watak dalam tarian Barong yang saya pun
dah lupa..


Destinasi seterusnya adalah Kerajinan Batik. Di Bali
kerajinan bermaksub kawasan perusahaan untuk sesuatu produk. Jadi kejiranan produk batik adalah destinasi kedua hari itu. Memang mengujakan. Kami disambut ala2 orang besar, dibukak pintu dan salam yang amat baik skali.

Kerajinan Batik

Window shopping di gedung batik.,tengok jer kerana harga
mahal, ikut USD,..(itu cakap abang kerana kami budget trip...mungkin lain kali sbb utk pengunjung Asia anda akan diberi 25% off dr harga yang tertera)

Abg Kie macam biasa, tanya itu dan ini yalah sebab minat, tapi katanya teknik lukisan batik disana sama saja di Malaysia, tak banyak beza.

Destinasi ketiga kami ialah Kejiranan Lukisan. Tempat ni mmg class...cantik, tenang dan sangat teratur. Saya tak dapat bayangkan lukisan yang cantik2 dengan dengan kualitinya yang sangat bagus dijual dengan harga yang begitu murah. Terdapat beberapa bilik dengan tema lukisan khusus yang menempatkan lukisan yang pelbagai dan terlalu banyak. Setiap lukisan yang dipamerkan terdapat lebih kurang 15 pelukis yang asalnya di sekitar tempat itu...dan utk lukisan besar yang saya sangat berkenan dan tempoh menyiapkanya mengambil masa 2 minggu, harganya cuma IDR300,00(RM100). Tak dapat saya bayangkan betapa beruntungnya saya jika dapat bawa pulang lukisan tadi...tp seperti yang saya kata tadi...low budget..Saya terpaksa bersabar untuk kunjungan saya di lain kali...huhhuhu. Tengok la muka saya yang menyerlahkan kekaguman...x dapat disembunyikan lagi..hehehe

Ubud's Art Galleries



Destinasi keempat saya ialah sebuah pura/temple. Kunjungan kali ni ialah Pura di daerah Batuan. Apa yang saya kagum disini ialah seni binaannya. Mata mmg x lepas meneliti tp masa yang singkat menyebabkan saya cuba secepat dan sebanyak mungkin mengambil gambar untuk tatapan kemudianya. Gambar pertama saya ialah di depan pintu masuk pura

Pura Batuan

Terdapat pura yg boleh dilawati, ada yg tidak kerana milik peribadi. Biasanya pura lebih kurang sama bentuk nya..utk masuk ke tempat ibadat mereka (mcm kita gak) kita dikehendaki memakai 'sash biru' seperti yg saya pakai dalam gambar tu. Biasa la jika kita melawat Pura akan ada tabung derma yang disediakan untuk kebajikan pura yang kita lawati contohnya disini untuk pembaikan pura tersebut.


Bebek

Bebek adalah itik,.somewhere in ubud, this shop sells wooden ducks.
hundres of them in all sizes and colors. Bebek adalah benda yang biasa terdapat di Bali. Dikatakan bebek adalah lambang kepada pertanian yang yang menjadi teras kepada pendapatan penduduk Bali.



Tokey,.The duck man of Bali, perintis yang membuat
itik dari kayu,. nampaknya abg kie pung minat juga


Gunung Batur dan Lake Batur

..road to gunung batur. Boleh dikatakan setiap rumah di Bali walaupun di kawasan kampung(seperti dalam gambar) mempunyai pintu gerbang yang sebenarnya adalah Pura peribadi yang dipunyai satu-satu keluarga ataupun dimiliki bersama sanak saudara setempat. Pura sebegini agak peribadi dan tidak dibuka untuk dilawati. Jadi jangan hairan atau pelik jika kita melihat binaan yang cantik seakan pura dihampir kesemua rumah di Bali.


Restoren Batur Sari,..sangat cantik. Terdapat pilihan untuk makan bersila di bawah pondok cantik. Tetapi memandangkan semasa kami sampai keadaan hujan turun dgn lebat, berkabus dan berangin, pengunjung di suruh menjamu selera di dalam restoran. Jadi kami tidak dapat menikmati pemandangan gunung Batur(Mont. Batur) dan tasik yang dikatakan menghidangkan pemandangan yang sangat cantik. Hanya nampak awan putih saja,..atau lebih kurang kabus la yang menjadi tontonan kami...rugi toll


..sate Bali..agak berbeza rasa dari sate kita. Tapi yang samanya adalah dimakan juga bersama kuah kacang dan di tambah kuah kicap pedas.
Lunch ari ni dekat restoren ni macam biasa, nasi. buffet
IDR70,000 sorang,.lebih kurang RM20. ni sate Bali
tak berapa masuk dgn selera saya,.tapi makan aje lah..


Kopi Bali

hujan dengan kepenatan,.kami tertidur dlm kereta masa turun dari Batur.
supir kami singgah satu tempat perusahaan kopi bali. boleh minum
percuma katanya...saya set jer.


kami cuba semua jenis kopi,.4 atau lima jenis semua nya (kopi Bali,cocoa, lemongrass,ginger).
hanya satu yang kami tak cuba kerana kena bayar. kopi beluak(dalam menu order ada gambar musang). Saya pun tak tau kopi apa mcm tu..Tapi mll rakan indonesia tmpt suami berkerja baru la saya tahu specialnya kopi ini kerana prosesnya yang rumit. Biji kopinya didapati hasil proses melalui najis beluak(musang), kerana beluak dikatakan pandai memilih hanya biji kopi yg
bermutu tinggi untuk dimakan. huh nasib baik, itulah menyebabkan harga
kopi beluak mahal,+- RM10. satu cawan Nak tau cubalah sendiri.

..proses membuat kopi...dapur antik giler

Jemput minum...

Buah ni semua biasa terdapat di Bali, saya cuma tahu bauh terakhir iaitu markisa. Lainnya saya tidak tahu.he.he

Rice Terrece, Tangalalang

Sesuatu yang istimewa di Bali. Peace and calm.

cuaca tak berapa baik,.hujan lebat. bergambar kat sini adalah
sukar.

Bali yang dikenali dengan cara penanaman padi dilereng
bukit yang menjadikanya amat menarik..


bersiap sedia untuk melakukan upacara keagaman di Pura


bersiap sedia untuk malakukan upacara di Pura. Foto tak
berapa elok kerana diambil dari dalam kereta,.

Jimbaran

Dinner seafood di Jimabaran, mula nak makan tepi pantai
tapi terpaksa masuk ke dalam kerana hujan lebat,.foto
sunset pun tak berjaya dirakam,..balik hotel jam 10pm,.penat